RencanaSejarah

Panji-panji Lambang Kemegahan Ketenteraan

Tentera dan Panji-Panji pasti tidak dapat dipisahkan kerana ianya merupakan suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara. Sejarah mengakui bahawa pentingnya Panji-Panji dalam mengekalkan semangat, moral dan identiti sesuatu perkhidmatan dan pasukan. Penganugerahan Panji-panji ini adalah sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan cemerlang oleh perkhidmatan dan pasukan kepada negara. Penganugerahan Panji-Panji oleh Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong adalah sebagai tanda pengiktirafan perjuangan dan penghormatan segenap lapisan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara sentiasa terjamin. Sebagai contoh, perletakan senjata oleh Parti Komunis Malaya pada 2 Dis 1989 adalah merupakan kejayaan yang sangat tinggi ertinya kepada ATM. Tidak dapat dinafikan bahawa khidmat dan pengorbanan anggota-anggota tentera di dalam peristiwa-peristiwa menentang insurgensi, adalah menjadi asas keamanan dan ketenteraman negara.

8985363688_b217112765_b

Jika kita lihat dari perspektif sejarah peperangan Islam, sewaktu berlaku Peperangan Uhud, Mus’ab Umair ditugaskan memegang Panji-Panji Islam. Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab Umair dan melibas tangan kananya yang memegang Panji-Panji Islam. Mus’ab Umair menyambut Panji-Panji itu dan memegang dengan tangan kiri. Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kiri Mu’sab Umair dan beliau terus menyambut dan memeluk Panji-Panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab Umair sebagai syuhada’ Uhud. Demikianlah kisah bagaimana Mus’ab Umair mempertahankan kesucian Panji-Panji Islam ketika itu.

Perkataan Panji-panji berasal daripada bendera yang digunakan oleh sesuatu ketumbukan angkatan tentera pada zaman dahulu. Tujuan bendera yang berwarna-warni dibawa ke medan perang adalah sebagai lambang kekuatan dan kuasa raja bagi sesuatu pasukan/ketumbukan dan juga sebagai tanda kedudukan ketua atau panglima perang yang menguasai sesuatu ketumbukan.  Panji-Panji amat penting bagi mereka untuk mengenal pasukan mereka sebagai penanda, perangsang dan pembakar semangat kepada semua peringkat anggota yang berada di dalam medan perang. Panji-Panji ini akan sentiasa dipertahankan sehingga titisan darah terakhir dan tiada perbuatan yang lebih hina kepada sesuatu pasukan tentera dari membiarkan Panji-Panji itu jatuh ke tangan musuh.

IMG_6609

Istiadat yang asalnya penuh bersejarah dan diarak dalam masa peperangan ini telah diubah coraknya menjadi Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji yang disesuaikan pula dengan acara-acara muzik dan lagu. Lagu-lagu yang digubah untuk istiadat ini telah diberi nama troop dan dengan ini maka timbul pula rangkai kata Trooping the Colours atau Istiadat Mengarak Panji-Panji yang bertujuan untuk menghidupkan semula tradisi ketenteraan zaman silam. Panji-Panji yang diarak pada hari ini adalah Panji-Panji yang telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Tentera Laut Diraja Malaysia pada 12 Mac 1966, Tentera Udara Diraja Malaysia pada 14 Mac 1967 dan Rejimen Renjer Diraja pada 3 Mac 1992. Panji-Panji Seri Padukas Baginda Yang di-Pertuan Agong berwarna kuning dan mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengahnya dengan dikelilingi oleh dua karangan bunga padi. Lambang di penjuru kiri atas menunjukkan Perkhidmatan manakala rakaman penghormatan tempur disulam di kiri dan kanan lambang Diraja.

Apakah signifikannya Panji-Panji Diraja ini? Bagi anggota tentera,mungkin soalan ini boleh dijawab dengan mudah. Pun demikian, secara ringkasnya, Panji-Panji tentera bererti lambang yang dibawa oleh unit-unit tentera. Perkataan Panji-Panji atau colours mula digunakan sebagai panggilan kepada warna-warna cerah yang terdapat pada lambang Infantri. Ianya digunakan sebagai suatu cara pengenalan dan sebagai tanda sebuah markas pasukan semasa peperangan. Dengan perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam peperangan, Panji-Panji telah dianggap sebagai simbol semangat dan tradisi pasukan yang membawanya. Mengikut sejarah di zaman silam, Panji-Panji adalah lambang kepada agama dan peribadi di mana lambang agama dikatakan sebagai pelindung manakala lambang peribadi pula merupakan keagungan pemimpin sesebuah kumpulan. Dengan timbulnya semangat kebangsaan dan musnahnya feudalisme, lambang-Iambang peribadi dan agama semakin berkurangan digunakan.

HARI_ATM_3

Panji-Panji merupakan penganugerahan oleh SPB Yang Di-pertuan Agong kepada Perkhidmatan, Rejimen/ Kor/Pusat Latihan dan pasukan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan kesetiaannya kepada Raja dan Negara. Panji-Panji juga melambangkan kesediaan anggota tentera mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Sebagai teras utama pertahanan negara, kita perlu bersedia dan sanggup berkorban bagi mengatasi segala cabaran yang muncul untuk membolehkan negara terus maju dan membangun. Ungkapan learn from history or we will relive it tidak boleh dipandang remeh. Pengorbanan para pahlawan memperjuangkan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara perlu kita contohi dan hayati. Malah semangat sanggup berkorban yang menjadi pegangan para pahlawan yang terdahulu jangan sekali luput dari ingatan kita. Hasil daripada kemerdekaan yang kita kecapilah negara kita dapat dibangunkan, apatah lagi negara kita kaya dengan sumber alam, bahan mentah, kaya dengan seni budaya bangsa dan rakyatnya hidup mesra. Inilah hasil kemerdekaan yang perlu kita pertahankan.

Di dalam Angkatan Tentera Panji-Panji dikurniakan kepada sesebuah rejimen sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan kesetiaannya kepada Raja dan Negara. Atas kepercayaan dan kecemerlangan sebagai sebuah Batalion yang ulung dalam Tentera Darat (TD), Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dianugerahkan Gelaran Diraja pada 1 Mac 1958 dan diberi Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 1963. Disamping pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan TD dalam menjalankan tugas operasi Rejimen Renjer Diraja juga dianugerahkan gelaran Diraja pada 3 Mac 1992 dan dianugerahkan Panji-panji Diraja pada tarikh yang sama berlainan dengan lain-lain kor dalam TD.  Kor Armor Diraja (KAD) merupakan kor pertama dalam TD telah menerima gelaran Diraja pada 23 Mac 1963 diatas penglibatan KAD dalam menjalankan operasi tidak kira di tanah air sendiri mahupun dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kor Armor Diraja telah dianugerahkan Panji-panji Diraja pada 20 Mei 1972.

IMG_6493

Panji-Panji Rejimen pula dianugerahkan kepada sesebuah rejimen/pasukan dari ketiga-tiga Perkhidmatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau salah seorang dari Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebagai wakil baginda. Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai tempat yang lebih utama daripada Panji-Panji Rejimen dan Panji-Panji Rejimen mempunyai lambang rejimen/kor yang disulam di tengah-tengah dan rakaman penghormatan tempur disulam di kiri dan kanan lambang Rejimen/Kor berkenaan. Pengenalan di antara satu pasukan dengan pasukan yang lain melalui angka yang disulam di bahagian penjuru atas kiri menggunakan nombor Arabic. Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Renjer Diraja berwarna hijau gelap sebagai warna dasar manakala Panji-Panji Rejimen/Kor yang lain berwarna biru sebagai warna dasar dan antara Rejimen yang terkini menerima Panji-Panji ialah 71 RSD, MK RAJD 2 Div dan 1 RAD.

71 Rejimen Semboyan Diraja

Rejimen Semboyan bermula apabila tertubuhnya Communications Troop pada tahun 1949 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Trup tersebut telah dianggotai oleh Jururadio dari Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja. Bersesuaian dengan penambahan bidang tugas dan tanggungjawab trup tersebut, pada 1 jan 1952 pasukan Semboyan diberi identiti sendiri dan gelaran pasukan ditukar dengan rasminya menjadi Federal Signals Squadron. Pada 15 Nov 1952 penubuhannya telah diwartakan dalam Federation Gazette dan secara rasminya diiktiraf sebagai tarikh penubuhan Rejimen Semboyan Diraja.

a

Pembesaran Tentera Darat (TD) pada awal tahun 80-an menyaksikan penubuhan Markas Kor TD pada 5 Mei 1981. Selaras dengan penubuhan Markas Kor TD, Rejimen Semboyan Kor TD juga diwujudkan pada 7 Jul 1981 dan merupakan rejimen yang terkanan dalam Rejimen Semboyan Diraja. Markas Kor TD telah mengambil alih tempat Markas 2 Divisyen di Kem Sungai Besi dan sejajar dengan itu Rejimen Semboyan Kor TD kemudiannya diberi gelaran 71 Rejimen Semboyan Kor TD. Pada tahun 1993 Markas Kor TD telah ditukar sebagai Markas Pemerintahan Medan TD dan dikenali sebagai Markas Medan TD. Gelaran 71 Rejimen Semboyan Kor TD kemudiannya telah ditukarkan kepada 71 Rejimen Semboyan Diraja selaras dengan penganugerahan gelaran Diraja kepada Rejimen Semboyan pada 6 Jun 1992.

Sejak penubuhan 71 Rejimen Semboyan Diraja (RSD), pasukan ini terlibat di dalam beberapa tugas operasi bagi menyediakan komunikasi untuk Markas Medan TD. Di antara operasi yang dilaksanakan oleh pasukan ini adalah seperti Operasi Highland Tower pada tahun 1994, Operasi Jerebu pada bulan Okt 1998 dan Operasi Sauk pada bulan Jul 2000. Di samping itu juga, pasukan ini menyediakan komunikasi untuk Operasi SEAPAC pada bulan Sep 2001 iaitu menyediakan komunikasi bagi tujuan siap siaga semasa Sukan SEA Ke-21.  Dengan jasa dan bakti yang telah ditaburkan serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja dan negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menganugerahkan Panji-Panji Rejimen kepada 71 RSD pada 5 Jun 2004 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Penganugerahan ini adalah penganugerahan yang pertama kepada RSD dan menjadi lambang kemegahan serta kebanggaan semua warga RSD dengan cogan kata Pantas dan Pasti.

Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Div

Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen (MK RAJD 2 Div) ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jan 1965 di Kem Sangro, Taiping, Perak dengan nama asalnya Headquarters Malaysia Engineers (Field). Sesuai dengan penyusunan semula MK 2 Div Infantri pada ketika itu, MK RAJD 2 Div diserapkan dan dikekalkan bersama-sama MK 2 Div Infantri sehingga 1 Jan 1993 sebagai elemen staf dan pemerintah pasukan-pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja di kawasan 2 Divisyen. Pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja yang di bawah pemerintahan Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Div adalah pasukan 1 Skuadron, 2 Skuadron, 6 Skuadron, 7 Skuadron dan 72 Skuadron Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja.

b

Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Div merupakan pasukan bantuan tempur yang bertanggungjawab membantu pasukan-pasukan 2 Div Infantri untuk tugas operasi. Pasukan ini terlibat dalam pelbagai operasi dan projek pembangunan negara kepada rakyat tempatan yang mana pasukan-pasukan organiknya telah berjaya melunaskan misi-misi di kawasan pendalaman dengan jayanya di samping terlibat secara langsung dalam operasi di perbatasan negara, MK RAJD 2 Div juga turut menyumbang kepada keamanan sejagat dengan penglibatannya dalam misi-misi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  sebagai Kumpulan Bantuan Tempur kepada Kontinjen Malaysia.

Sejak ditubuhkan, MK RAJD 2 Div berkembang maju selaras dengan pembangunan RAJD khasnya dan TD Malaysia pada keseluruhannya. MK RAJD 2 Div berjaya melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawab dengan penuh efisien dan cemerlang dengan memegang teguh cogan kata Berusaha Berfaedah. Sejarah telah membuktikan bahawa pasukan-pasukan MK RAJD 2 Div telah menjadi perintis kepada pembangunan serta membantu mengekalkan keselamatan terutamanya di kawasan luar bandar. Dengan jasa dan bakti yang telah ditaburkan serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja dan negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menganugerahkan Panji-Panji Rejimen kepada MK RAJD 2 Div pada 5 Jun 2004 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Rejimen Pertama Artileri Diraja

Sejarah Rejimen Pertama Artileri Diraja Para bermula pada tanggal 14 Ogos 1957 apabila seramai 89 anggota anak-anak Melayu berserta lapan laras meriam 25 pounder daripada Rejimen Artileri Diraja Singapura menghadiri satu upacara mengangkat sumpah dan secara rasminya sebuah pasukan Artileri iaitu Bateri Medan Pertama Persekutuan telah ditubuhkan pada tanggal 15 Ogos 1957.

Tugas utama rejimen ini adalah melaksanakan tembakan kehormat pengisytiharan hak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1 Nov 1960, Menteri Pertahan iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein  semasa lawatan ulungnya ke Bateri Pertama Meriam Persekutuan di Kem Kajang, Selangor mengumumkan penubuhan Rejimen Pertama Meriam Persekutuan. Selaras dengan penubuhan Rejimen Pertama ini, sejumlah 21 laras meriam baru jenis 105mm Pack Howitzer telah dibeli bagi menggantikan meriam 25 pounder. Rejimen ini mengandungi satu bateri markas dan tiga bateri medan yang dilengkapkan dengan enam laras meriam setiap bateri.

c

Sejak penubuhan, Bateri Medan Pertama Persekutuan tidak ketinggalan dalam melaksanakan tugas-tugas operasi semasa darurat demi menjaga keselamatan dan kedaulatan bangsa dan negara. Tugas pertama mereka bermula sejak 8 Okt 1957 apabila Bateri tersebut telah digerakkan di kawasan Seri Menanti dan Rompin, Negeri Sembilan bagi membantu pasukan infantri menghapuskan pengganas komunis. Selain dari itu, pasukan ini juga terlibat dengan tugas operasi yang dijalankan di kawasan Sekinchan, Batang Berjuntai, Kuala Kubu Bahru, Bentong, Rasah, Kerayong, Rawang, Kuala Nerang, Padang Serai dan kawasan-kawasan di sempadan Malaysia/Thailand.

Peranan Rejimen Artileri bukan sahaja tertumpu kepada pengagihan bantuan tembakan tetapi juga meliputi bidang tuas ketenteraan yang lain seperti infantri bagi memenuhi keperluan operasi semasa berlakunya konfrontasi pada tahun 1963 sehingga 1965. Penglibatan Rejimen Pertama Meriam semasa konfrontasi adalah Operasi GONDOLIER, Operasi LIMIT dan Operasi LAC.

Sebagai tanda penghormatan negara terhadap tuas-tugas dan pengorbanan yang dicurahkan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menganugerahkan gelaran Diraja pada 6 Jun 1992 ianya menjadi satu penghargaan apabila Rejimen Pertama Artileri Diraja Para dianugerahkan Panji-Panji Rejimen dengan Rakaman Penghormatan Tempur darurat 1957-1960 dan Konfrontasi 1963-1965 daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 5 Jun 2004. Penganugerahan ini sangat disanjung tinggi dan  menjadi suatu kebanggaan bagi warga Rejimen Artileri Diraja. Ia merupakan lambang kemegahan taat setia dan pengorbanan pasukan ini kepada raja dan negara.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya Panji-Panji begitulah penting dalam sesuatu organisasi ketenteraan kerana ianya adalah sebagai lambang kekuatan dan kuasa raja bagi sesuatu pasukan/ketumbukan dan juga sebagai tanda kedudukan ketua atau panglima perang yang menguasai sesuatu ketumbukan.  Selain itu Panji-Panji mampu mengekalkan semangat, moral dan identiti sesuatu perkhidmatan dan pasukan kerana penganugerahan Panji-Panji ini adalah sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan cemerlang dalam sesebuah pasukan kepada negara dan sebagai tanda pengiktirafan perjuangan dan penghormatan segenap lapisan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara sentiasa terjamin dari ancaman musuh yang sering dan cuba menganggu gugat akan kedaulatan negara.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online