Semasa

Tahlil Hari KRD Ke-49

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) dan Ahli Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) terlibat dalam Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari KRD Ke-49 di Surau Istana Negara Lama pada 8 Nov 2018.

Terdahulu majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah seterusnya bacaan Yasin serta Tahlil dan diakhiri dengan Solat Isya’ berjemaah yang dipimpin oleh Mej Ust Mohamad Azhari Ali.

Tahlil yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan satu kelaziman tradisi rejimental bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan berdoa kepada Allah agar sambutan Hari KRD Ke-49 tahun ini diberkati serta dipermudahkan.

Turut hadir Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Ismail Abetah, Ketua Projek Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail dan AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online