MK TDSemasa

28 Tahun PW I Omar Bersama KRD

KUALA LUMPUR: Seramai 100 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Kor Risik Diraja (KRD) diantara PW I Omar Saad dan PW I Mohamad Rafei Abdul Rahman di Padang Kawad Bahagian Staf Perisikan Pertahanan pada 22 Nov 2018.

Perbarisan diketuai oleh PW I Mohamad Harun Awang Mahat yang terdiri dari tiga detasmen dimana detasmen pertama diketuai oleh PW II Mohd Yusron Mohd Yusof, detasmen kedua PW II Freddy Sarabin dan detasmen ketiga PW II Shafarin Hamdan.

Majlis diteruskan dengan Acara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Serah Tongkat Kuasa SMR KRD disaksikan Pengarah KRD, Kol Hamzah Ali.

Dalam ucapan SMR KRD, beliau menzahirkan rasa syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan rezeki kepada beliau dalam bentuk pangkat dan jawatan yang tinggi sebagai anggota LLP dalam KRD, malahan turut diberi peluang menyambung perkhidmatan sehingga ke umur 50 tahun.

“Menyingkap kembali 28 tahun lalu dimana saya telah tekad meninggalkan segala keselesaan dan keseronokan hidup zaman remaja demi mengejar cita-cita bersama impian yang tinggi sehingga ke peringkat yang paling tinggi.

“Dalam mendukung hasrat serta hala tuju pucuk pimpinan KRD, saya menyeru kepada semua rakan seperjuangan agar berazam untuk terus menambah ilmu pengetahuan, berusaha untuk menguasai bahasa asing serta menambahkan kemahiran ketenteraan sebagai sokongan dalam melaksanakan tugasan,” jelasnya.

Mengimbas kembali keperibadian mantan SMR KRD, PW I Omar Saad dilahirkan pada 25 Okt 1970 di Kedah dan mula menceburi bidang ketenteraan pada 10 Okt 1990 telah mendirikan rumahtangga serta dikurniakan tiga orang cahayamata.

Turut hadir SMR dari kor-kor lain serta warga

Gambar: Sel GEOINT BSPP

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online