Bersama PemimpinSemasa

Agong Berbuka Puasa Bersama Warga ATM

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid pada 13 Mei 2019.

Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut Menteri Pertahanan, Hj Mohamad Sabu dan Panglima ATM, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan selepas itu baginda menyertai hadirin terdiri dari 2000 anggota ATM dan awam menunaikan Solat Mahgrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Selain itu baginda turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM (STAY ATM).

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online