Bersama PemimpinSemasa

Perbatasan Tema Raya Aidilfitri TD 2019

KUALA LUMPUR: Seramai 10000 warga Tentera Darat (TD) dan keluarga hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 Peringkat TD bersama Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Kem Perdana Sungai Besi pada 15 Jun 2019.

Majlis berkonsepkan Hari Raya di Perbatasan bersesuaian dengan perlaksanaan TD pada tahun ini sebagai Tahun Latihan dan Penjajaran bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara semua warga TD.

Selain itu, ianya dapat memberi peluang kepada warga TD dan keluarga merasai suasana berhari raya di kawasan operasi yang disambut oleh anggota TD setiap kali bertugas di perbatasan pada hari raya.

Terdahulu, PTD menyambut ketibaan Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu dan isteri dan Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong.

Hadirin yang hadir dapat menikmati juadah dari 36 buah gerai yang menyajikan pelbagai juadah hari raya dan turut dihiburkan dengan persembahan dari Badan Kesenian Tentera Darat, Band D’Amore, D’ Elektras dan Amplifire 24, Pasukan Drumline Muzik TD, pertunjukkan bunga api serta pelbagai pertandingan termasuk menganyam ketupat dan putting bola golf .

Selain itu pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir serta hadiah untuk beberapa acara pertandingan yang dilaksanakan telah disampaikan oleh PTD.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, Pegawai Kanan TD dan mantan-mantan PTD.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online