Bersama PemimpinMINDEFSemasa

MSB Menjunjung Kasih SPB YDP AGONG XVI

KUALA LUMPUR:  Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Beradat (MSB) Menjunjung Kasih SPB Yang di-Pertuan Agong XVI sempena memuliakan baginda di Wisma Perwira ATM pada 1 Okt 2019.

Terdahulu keberangkatan tiba KDYMM disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, MSB ini bertujuan untuk memuliakan baginda selaku Pemerintah Tertingi ATM.

Dalam ucapan PAT kepada SPB, beliau merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada baginda di atas menerajui pucuk pimpinan pemerintahan ATM.

Seramai 500 pegawai dari ketiga-tiga cabang Perkhidmatan ATM hadir dalam majlis tersebut dan turut membabitkan perarakan masuk lima Panji-panji SBP iaitu Panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD),  Kor Armor Diraja (KAD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji-panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Turut hadir  Menteri Pertahanan Malaysia, Hj Mohamad Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mod Sany, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima-panglima Perkhidmatan.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online