Bersama PemimpinSemasa

Tahlil Jubli Emas KRD

KUALA LUMPUR: Seramai 500 pegawai, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) dan Ahli Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) hadir dalam Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Jubli Emas Hari KRD Ke-50 di Masjid Khalid Al-Walid pada 31 Okt 2019.

Tahlil yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan satu kelaziman tradisi rejimental bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan berdoa kepada Allah agar sambutan Jubli Emas Hari KRD Ke-50 diberkati serta dipermudahkan.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah seterusnya bacaan Yasin serta Tahlil dan diakhiri dengan Solat Isya’ berjemaah dipimpin oleh Mej Ust Mohamad Azhari Ali.

Turut hadir Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan,  Mej Jen Ahmad Norihan Jalal dan AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online