3 DivBersama PemimpinSemasa

Mohamed Fauzi Khamis Teraju 7 Bgd

Kluang: Kolonel Mohamed Fauzi bin Khamis dilantik sebagai Panglima 7 Briged yang baharu selepas Majlis Serah Terima Tugas yang diadakan di Bilik Gerakan Markas 7 Briged di Kem Mahkota Kluang pada 15 April 2020.

Dalam Majlis berkenaan, beliau mengambil alih tugas daripada Brigedier Jeneral Dato’ Hj Zawawi bin Hj Adam yang akan bertugas sebagai Penasihat Ketenteraan 1 kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob.

Dalam pada itu, Kolonel Mohamed Fauzi bin Kamis yang juga mantan Pegawai Memerintah Batalion ke 24 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) sebelum bertugas sebagai Pengarah Perancangan Dan Pembangunan di Markas Tentera Darat bermula tahun 31 Mei 2018 dan dilantik sebagai Panglima 7 Briged yang ke 24 bermula hari ini.

Majlis penyerahan tugas disaksikan oleh Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Tengku Fauzi bin Tengku Ibrahim serta Pegawai-pegawai Pemerintah dan Memerintah pasukan dibawah Perintah 7 Briged.

Gambar : Pbt Zulhelmi


Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online