3 DivBersama PemimpinLatihanLawatanSemasa

PTD Rasmi TOCC

MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain merasmikan Terendak Off Road Competency Circuit (TOCC) bertempat di TOCC Kem Terendak pada 29 Dis 2020.

TOCC direka bentuk bagi meningkatkan kemahiran anggota pemandu naungan 3 Divisyen (3 Div) di dalam mengendalikan Kenderaan Jenis B di dalam situasi off road.

Bagi memastikan kemahiran anggota pemandu diuji, beberapa halangan diwujudkan sepanjang track off road tersebut sekali gus dapat menilai kreativiti anggota dalam menghadapi tekanan semasa sesuatu ujian dan latihan.

Konsep latihan dilaksanakan secara teori dan praktikal di litar yang mempunyai 11 halangan yang merangkumi peringkat halangan ringan, sederhana dan mencabar seperti halangan berlumpur, Uneven dan Undulating, Titi Kayu, Mendaki Bukit dan Lereng Bukit.

Ini membolehkan anggota memahami sistem, komponen, operasi kenderaan dan teknik mengatasi halangan selain dapat meningkatkan kemahiran pemanduan komprehensif sesuai dengan bentuk muka bumi.

Syarat kelayakan untuk anggota menghadiri kursus dan menggunakan TOCC tersebut adalah perlu hadir kursus yang diiktiraf sekurang-kurangnya Kursus Penyelia Pengangkutan Kelas Dua, mempunyai BAT D 41 yang sah serta telah mahir menggunakan kenderaan sepenuhnya di samping pemandu mestilah sihat tubuh badan.

Disamping itu, TOCC dapat membantu pasukan melahirkan pemandu yang kompeten di dalam aspek Pemanduan KJB.

Di akhir pelaksanaan ujian di TOCC, semua pemandu perlu mencapai keputusan terdiri dari permarkahan 80 peratus iaitu lulus sembilan halangan dalam Kelas 1, lulus lapan halangan dengan 70 peratus dalam Kelas 2 dan di bawah 70 peratus bagi Kelas 3 (latihan sumula).

Pembinaan TOCC tersebut adalah cetusan idea Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Turut hadir Panglima 4 Div selaku Pemangku Panglima Medan Barat Tentera Darat, Mej Jen Dato Hj Ya’cob Hj Samiran, Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan TD, AKS Sumber Manusia TD dan AKS Perisikan.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Saifun Hakimi

Artikel Berkaitan

Back to top button