Bersama PemimpinSemasa

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Kehormat AW

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada 2 Mei 2024.

Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Lt Kol (Sukarela) dan Lt Kol (Kehormat) melibatkan Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 AW, Mej Norizam Sekak, Ketua Cawangan Latih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaya, Mej Syed Abdul Razak Sayed Mahadi dan Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh.

Seterusnya, seramai 18 pegawai dinaikkan pangkat Mej yang mana tujuh daripadanya adalah Mej (Sukarela) dan 11 pegawai Mej (Kehormat).

Kemudian, diikuti dengan pemakaian pangkat Kapt (Sukarela) kepada empat pegawai, tujuh pegawai Lt (Sukarela) dan diakhiri dengan pemakaian pangkat Lt (Sukarela) kepada 10 pegawai.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman A Wahab.

Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online