3 DivBersama PemimpinSemasa

Tacthlon Mantapkan Anggota TD

MELAKA : Seramai sembilan pegawai dan sembilan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat (TD) terdiri daripada formasi-formasi TD menyertai Pertandingan Tacthlon TD dengan acara pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato` Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Betutu Laut, PULPAK pada 16 Ogos 2016.

Tacthlon TD merupakan sukan lasak yang menguji keupayaan Multiskill pegawai dan anggota LLP TD dari aspek ketahanan mental dan fizikal, semangat dan daya juang yang tinggi serta kemahiran Marksmanship yang mana konsep pertandingan Tacthlon ini melibatkan beberapa halangan yang perlu ditempuh oleh peserta dan dilaksanakan secara serentak bagi menguji keupayaan individu serta disimulasi dalam senario melaksanakan misi di kawasan operasi.

Pada masa yang sama peserta dikehendaki melalui pelbagai jenis halangan terdiri daripada halangan terowong, kolam, tembok enam kaki, tebing, palang berganda, titi bertingkat, dawai kawat, palang berlapis, tali labah-labah dan paya semulajadi yang mencabar keupayaan skil individu, ketahanan fizikal, mental, tahap daya juang serta kepantasan sebelum diakhiri dengan acara menembak menggunakan tiga jenis senjata iaitu Mesin Gun Ringan (MGR), Raifal M4 dan pistol yang diadakan di Kompleks Lapang Sasar Terendak.

Turut hadir, Panglima 3 Div Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 10 Bgd Para Brig Jen Tengku Mohammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online