Sudut Inspirasi

‘Kecekalan Dan Disiplin Tinggi Asas Sebuah Kejayaan’ – PW II Mohd Ismail Abdul Samad (Bersara)

Demi mengecapi sebuah kecemerlangan, berbekalkan dengan tekad, jati diri, minat dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan sesuatu yang memuaskan bukanlah suatu perkara yang mudah. Dan ianya bukan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat kerana setiap kejayaan bukan datang bergolek, bahkan ia mesti disusuli dengan iltizam yang tinggi dalam mencapai cita-cita yang disasarkan. Meskipun lebih dua dekad tidak lagi menyarung celoreng sebagai seragam hariannya, PW II Mohd Ismail Abdul Samad (B) yang digelar ‘Silent Milionare’ telah berjaya dalam dunia perniagaan dan mampu bersaing sama tinggi dengan usahawan-usahawan terkenal yang berjaya pada masa kini.

Siapa sangka sekilas pandang sosok seorang yang berpenampilan sederhana, berbudi pekerti dan merendah diri merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Oleh itu, ikuti wawancara khas Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) ke atas PW II Mohd Ismail Abdul Samad (B), bagi mencungkil pengalaman beliau dan seterusnya mendapatkan kata-kata perangsang supaya boleh dijadikan pendorong kepada pembaca khususnya kalangan mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan.

Mengulas latar belakang secara ringkas, Ismail yang dilahirkan pada tahun 1963 merupakan anak kelahiran Bota, Perak berasal dari keluarga susah. Anak keempat daripada sembilan beradik ini membuat pilihan berani yang menjadi titik perubahan dalam hidupnya dengan menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya di awal usia.

Pada tahun 1981, beliau menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Rekrut (PLR kini dikenali PUSASDA) di Port Dickson selama enam bulan untuk membentuk sahsiah diri dengan asas ketenteraan. Selepas tamat latihan asas, beliau dimasukkan ke Kor Risik Diraja (KRD) dan diberi peluang berkhidmat di Cawangan Risik Markas 4 Divisyen, Kem Batu 10 Kuantan. Setelah tiga tahun di Kuantan, beliau berkhidmat pula di Cawangan Perisikan, Markas Tentera Darat, sebelum ke BSPP-Urusetia dan Risik 5 bermula dari tahun 1997 hingga 1998. Di hujung perkhidmatannya, beliau diberi peluang untuk bertugas di Kedutaan Malaysia di Yangon, Myanmar selama lima tahun dengan pangkat terakhir adalah Pegawai Waran II (PW II). Beliau menjalani latihan peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan memulakan perniagaan pertama dengan menyertai syarikat SGC Global Sdn Bhd sebagai team partner dalam bidang kejuruteraan automotif dan oil & gas. Menurut Ismail, pemilihan rakan niaga adalah sangat penting kerana beliau sendiri tiada kepakaran dalam menguruskan bidang kejuruteraan serta mengelakkan daripada ditipu walaupun dengan orang yang dikenali.

Menjadi lumrah cabaran dalam dunia perniagaan ada untung dan ada ruginya. Pernah satu ketika beliau berjaya mendapat kontrak supply barge buatan Korea yang membawa kru dari Filipina untuk membersihkan pelantar minyak milik Syarikat PETRONAS. Tawaran kontrak yang diberi mencecah RM500,000.00 sehari. Segala perkara berjalan lancar sehinggalah pada tahun 2006, apabila sudah terlalu lewat untuk bertindak, beliau baru menyedari telah ditipu rakan niaga sendiri sehingga syarikatnya mengalami bankrap. Bermodalkan RM2,000.00 dan bantuan kewangan daripada rakan, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri iaitu MIAS Global Sdn Bhd.

Detik kebangkitan semula dalam perniagaan di mana Ismail terpaksa berkorban masa dan tenaga demi menaikkan syarikat dengan berkerja keras sehingga lewat malam untuk memastikan perniagaannya terus maju dan berkembang.

“Setahun pertama penubuhan syarikat memang saya berkerja keras sehingga lewat malam. Ketika itu cabaran dan halangan bertalu-talu menimpa. Syarikat MIAS Global Sdn Bhd yang bersempena nama saya, Mohd Ismail Abdul Samad hanya mula stabil dan selesa setelah lima tahun beroperasi,” ujar beliau. Bermula dari situ, beliau mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan kini mempunyai lima anak syarikat dengan jawatan beliau sebagai Chairman/Group Managing Director. Senarai syarikat dimiliki Ismail adalah;

  1. MIAS GLOBAL SDN BHD – ROBOTIC SYSTEM- MECHANICAL ENGINEERING
    – ELECTRICAL ENGINEERING
    – STRUCTURAL DESIGN & FABRICATION
    – EQUIPMENT RELOCATION & SETUP WORK
  2. MIAS ENGINEERING SDN BHD – POWER MANAGEEMENT- MOBILE & FIXED GENERATORS – ELECTRICAL CONTROL SYSTEM
  3. TENSAI RESOURCES SDN BHD
    – CIVIL & SERVICES ENGINEERING – LAND & PROPERTY
  4. KHAZIF TRADE SDN BHD – IMPORT/EXPORT SPICES- FOOD SUPPLY/CETERING – GENERAL TRADING
  5. KHAZIF TRAVEL SDN BHD
  6. MIAS AGROTECH SDN BHD

Tambahnya lagi kepada mereka yang meminati dunia perniagaan dan ingin menceburinya, ianya perlu dilakukan dengan penuh keazaman, bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Segala ilmu ketenteraan yang kita pelajari semuanya boleh digunakan di dunia perniagaan. Ismail mengakui bahawa sehingga ke hari ini prinsip-prinsip dan ilmu ketenteraan tetap beliau amalkan untuk terus kekal berdisiplin dan berjaya.

Pengajaran yang boleh dicontohi dari kisah ini ialah sesuatu kejayaan tidak boleh dicapai tanpa usaha padu dan jiwa kental. Meskipun dunia ketenteraan dan sektor awam terlalu banyak perbezaannya, namun ia bukanlah satu halangan untuk menggapai cita-cita dan matlamat. Apa yang penting ialah jangan sesekali mempunyai niat jahat seperti menipu atau memperdaya orang lain. Selain itu, manusia perlu berpegang pada janji, sentiasa menjaga amal soleh dan bersedekah. Semoga kita mengambil semangat dan iktibar daripada kisah PW II Ismail Abdul Samad (B).

Kini hampir 16 tahun perniagaanya beroperasi dan sepanjang tempoh ini, beliau mempunyai prinsip tersendiri untuk terus kekal maju ke hadapan dan menjadi usahawan yang berjaya. Bermacam-macam dugaan dan halangan yang ditempuhi sepanjang menjalankan perniagaan, namun kentalnya semangat beliau untuk terus berjaya kerana berdirinya seorang wanita bergelar isteri yang banyak memberi sokongan terhadapnya.

PW II Mohd Ismail Abdul Samad (B) mendirikan rumah tangga dengan Noraini Mohd Ariff pada tahun 1982 dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata, empat lelaki dan tiga perempuan. Isterinya memainkan peranan yang sangat besar dalam menguruskan keluarga semasa beliau bekerja keras mengembangkan perniagaan. Beliau mencontohi tokoh usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang telah membuktikan bahawa Melayu Bumiputera mampu menjadi usahawan gemilang di persada antarabangsa.

Berpegang kepada semangat itu, beliau bertekad untuk terus maju mengembangkan usaha dengan menceburi bidang baharu seperti Food & Beverage (F&B)/ Catering dan ternakan ayam daging di Slim River, Perak. Mengakhiri wawancara, beliau menitipkan kata-kata semangat kepada bakal-bakal pesara supaya cekal, tabah dan sabar melakukan sesuatu kerana disebalik kesabaran itu akan ada hasil yang membanggakan.

“Pesan saya kepada bakal-bakal pesara, timbalah ilmu di PERHEBAT dengan tekun dan ikhlas demi bekalan di kemudian hari. Apabila bersara, lakukan sesuatu dengan bersungguh-sunguh, jangan ambil mudah dan sambil lewa setiap sesuatu yang sedang diusahakan kerana di negara ini memang banyak peluang yang boleh diterokai. In shaa allah jika diusahakan dengan sungguh-sungguh pasti berjaya,” tegas Ismail.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online