RencanaSejarah

Lt Adnan Saidi: Pejuang Negara Yang Dikenang

[dropcap]T[/dropcap]anggal 14 Febuari adalah satu tarikh keramat pada negara dan yang pastinya ramai anak muda pada masa kini tidak tahu pada tarikh tersebut tersimpan kemas sejarah yang tersendiri namun apa yang bermain difikiran anak muda masa kini ialah tarikh tersebut merupakan tarikh Hari Kekasih yang diraikan diseluruh dunia dengan saling memberi bunga dan bertukar hadiah. Tidak semua mengetahui pada tarikh ini seorang perwira negara telah gugur. Jika mereka alpa pastinya mereka akan terus leka dengan menyambut Hari Kekasih pada tarikh tersebut. Namun yang pastinya tarikh tersebut meninggalkan kesan yang mendalam pada sejarah negara kerana 14 Feb telah meruntun beribu jiwa dek kehilangan seorang pejuang negara, Leftenan Adnan Saidi dan rejimennya yang berperang bermati – matian mempertahankan tanah air pada ketika itu. Walaupun telah 75 tahun peristiwa Bukit Candu berlalu namun ia masih dikenang dalam lipatan sejarah negara.

Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt Adnan Saidi (Lt) dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang Selangor pada tahun 1915 dan merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad Saidi dan Amarullah Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan alut pada tahun 1939. Kapalnya HMS Pelanduk pada ketika itu ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia manakala adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang Selangor. Lt Adnan Saidi menerima pendidikan awal di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun dan kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun beliau merupakan salah seorang daripada 25 anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan Askar Melayu dan berjaya menamatkan latihan dan terpilih sebagai rekrut terbaik lalu memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Pada tahun 1936, Adnan dinaikkan ke pangkat Sarjan dan kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi tabik hormat di London bagi menyambut pertabalan King George VI dan tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni Sarjan Major lalu dihantar ke Singapura bagi mengikuti kursus latihan pegawai dan setelah menamatkan kursus Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke 7 Kompeni C dan dinaikkan pangkat Leftenan.

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi dari London beliau telah berkahwin dengan seorang guru dikampungnya iaitu Sophia Pakih Muda dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua orang putera yang diberi nama Mokhtar dan Zainudin serta seorang puteri. namun begitu, puterinya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura. Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Apabila berita peperangan Perang Dunia ke 2 semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang dan ini merupakan masa yang paling getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga dan merupakan kali terakhir mereka bersama.

Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura dan pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut. Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura dan menandakan Bukit Candu sebagai sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik iaitu boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British yang mana permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni C yang merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu. Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu bersama-sama dengan batalion Ke-2 Loyal Regiment Tentera British yang dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade). Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt Gen Renya Mugaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura iaitu Permatang Pasir Panjang yang mana pada pagi tersebut, Permatang Pasir Panjang dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni C dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat dan akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni C.

Lt Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap) sehinggakan pada tengah malam 14 Feb 1942, Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru iaitu Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Lt Adnan Saidi yang menjadikan jumlah keseluruhannya 42 anggota. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir sehinggakan kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Feb 1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah iaitu daripada Jalan Pepys Road mendaki ke Pt.226 Bukit Candu dan pada tarikh keramat tersebut Lt Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen tentera Sikh daripada Tentera British India (British-Indian Army) yang sedang mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British dan menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur. Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati walaupun Lt Adnan terkorban,namun lebih daripada 800 Tentera Jepun telah berjaya dibunuh pasukannya.

Pelbagai versi mengatakan setelah terkorbannya Lt Adnan pelbagai cara untuk mengaibkan mayatnya dilakukan oleh Tentera Jepun dan antaranya kisah dari Kpl Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Lt Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan dan akibat perasaan marah kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Kpl Yaakob sendiri selepas pertempuran dan pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang yang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942 yang dalam ucapannya seperti berikut iaitu selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Rejimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Rejimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang).

After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)”.

Keberanian Lt Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata itulah kata-kata pembakar dan menyemarakkan lagi semangat juangnya supaya tidak gentar menghadapi Jepun, demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah terakhir. Apakah perjuangan dan pengorbanan Lt Adnan menggadaikan nyawanya dalam usia 27 berbaloi? Masih adakah anak bangsa pada hari ini, mahu mengikut jejak langkahnya. Pastinya, jika Lt Adnan dapat melihat Malaysia hari ini, Allahyarham pasti tidak menyesal mempertahankan negara dengan darahnya. Keberanian Leftenan Adnan turut diakui General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya ketika itu yang mana beliau sendiri mengatakan jika terdapat 10 orang seperti  Lt Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun malah Jepun memerlukan 10 batalion lagi untuk menawan Tanah Melayu.

Iktibar dan pengajaran boleh peroleh dari kisah keberanian beliau adalah semangat cintakan negara hendaklah dengan sepenuh hati. Jika seluruh perajurit negara dan rakyat Malaysia mempunyai semangat seperti beliau, pastinya negara ini tidak mudah dijajah atau ditewaskan musuh. Rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali menggadaikan maruah demi kepentingan diri sendiri dan tidak akan sanggup memperjudikan nasib negara untuk perjuangan yang tidak jelas dan merugikan. Rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mereka perlu didedahkan dengan kekuatan sejarah agar tidak sesekali alpa dengan kemakmuran yang dikecap dan harus menjadikan semangat Leftenan Adnan sebagai pemangkin kepada perpaduan dan cintakan negara.

Japanese-bayonet-practice-on-live-prisoner
Gambar Hiasan

Al-Fatihah buat Allahyarham Lt. Adnan Saidi serta para pejuang Islam yang lain.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online