MELAKA: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al – Haj berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para) pada 15 Jun 2017.
Terdahulu diadakan Majlis kenaikan pangkat baginda Dari Lt M ke Lt yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 17 RAMD (Para), Lt Kol Mohd Azral Manan dgn disaksikan Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.
Turut sama hadir Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan di bawah naungan Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para.