SABAH: Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim telah melakukan lawatan ke semua sektor Operasi penempatan Trup Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) pada 19 hingga 23 Jun 17 yang meliputi kawasan Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan juga Kudat.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat penugasan yg dilaksanakan oleh trup dari 10 Briged (Para) di perbatasan, disamping memberi semangat kepada setiap warga yang bertugas.
Panglima 10 Briged (Para) turut berbuka puasa dan berterawih di setiap sektor bersama-sama anggota yg bertugas. Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan bungkusan Hari Raya di setiap penempatan.
Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Memerintah 18 RAMD Para dan Pegawai Memerintah 8 RRD Para.