SABAH: Panglima Angkatan Petugas 450 (AT 450) Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat menyambut 1 Syawal bersama-sama anggota Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) yang sedang melaksanakan OP PASIR SELATAN pada 25 Jun 2017.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan anggota lebih berwaspada dengan situasi keselamatan dimusim perayaan dan turut memaklumkan anggota mengenai situasi terkini konflik bersenjata di Marawi, Filipina.
Beliau juga menyeru semua anggota untuk mengutamakan keselamatan diri, senjata serta peluru sepanjang melaksanakan tugas dan diakhir majlis beliau menyampaikan beg hari raya untuk semua anggota yang bertugas ketika hari raya.
Turut hadir Panglima 5 Bgd, Brig Jen Dato’ Pahlawan Mohd Anuar Rijaludin.