Semasa

52 Tahun RGK Menjadi Pasukan Elit TD

MELAKA: Seramai 50 pegawai dan 500 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Gerak Khas diketuai Kol Ahmad Suhaimi Mad Wajab terlibat dalam Perbarisan Perutusan Hari Ulang Tahun Gerak Khas Ke-52  disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Rejimen Gerak Khas (RGK), Mej Jen Dato’ Zolkopli Hasim di Padang Kawad Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 1 Ogos 2017.

Terdahulu dari itu, ketibaan Pengerusi RGK disambut oleh Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Fadzil Tajudin lalu menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan disusuli dengan nyanyian lagu Gerak Khas.

Mengimbas sejarah penubuhan pasukan elit TD, ia bermula selepas konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965 yang mana sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfrontasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak Haji Dato’ Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian dengan mengarahkan sukarelawan dari TD serta laut untuk mengambil bahagian lalu pada 25 Feb 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin Diraja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru.

Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas komando selama enam minggu dan hanya empat pegawai dan sembilan anggota dari LLP berjaya dalam latihan tersebut yang mana merupakan trup nukleus pertama komando.

Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan serta dikembangkan kepada rejimen dimana setelah elemen dan unit baharu diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka lalu terbentuknya Regimen Gerak Khas pertama pada 1 Ogos 1970.

Dalam ucapan Pengerusi RGK , beliau menegaskan kepada semua warga Gerak Khas supaya sedar bahawa kewujudan Gerak Khas ini adalah untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara disamping memastikan pasukan elit ini berada di landasan yang betul dan menyedari akan tanggungjawab sebagai pewaris Gerak Khas.

“Justeru itu, sebagai askar perang, kita mestilah mempunyai mutu disiplin yang tinggi, semangat setiakawan yang jitu, kesatuan organisasi yang ampuh, sikap yang profesional untuk terus menjamin Rejimen Gerak Khas kekal sebagai askar perang dan sentiasa relevan malah untuk mencapai kesemua ini memerlukan usaha yang gigih, komitmen serta keikhlasan yang tinggi dan sudah semestinya pengorbanan dan jerit perih yang menyukarkan,” tegas beliau.

Perbarisan diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang kepada seorang pegawai serta 14 anggota LLP dan diteruskan dengan Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia kepada 11 anggota LLP RGK.

Turut hadir, Pengarah RGK Kol Othman Mustaffa dan Veteran RGK.

Gambar: PW II Sharil Mat Ali dan SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online