KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MKTD) diantara Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin dan Mej Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bertempat di Bilik Mesyuarat Sekretariat TD pada 16 Ogos 2017.
Sejurus selesai acara, bagi memohon keberkatan dari Ilahi bacaan doa telah disempurnakan oleh Pegawai Staf 1 Agama MK TD, Lt Kol Mohd Azmi Wahab.
PTD mengucapkan tahniah kepada Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin selaku KS MKTD yang baharu.
Turut hadir TPTD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan pegawai-pegawai kanan TD.