NEGERI SEMBILAN: Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD) menerima kunjungan daripada Lebanese Armed Forces (LAF) pada 11 Sep 2017 yang diketuai oleh Brig Jen Henry Saikali, Col PSC Karam Alhoud Hdaifeh dan Col William Rassi. Delegasi telah disambut oleh Pengarah Pengurusan Latihan, Brig Jen Dato’ Hj Hasim Jabar di Dataran TRADOC dan seterusnya membuat Kunjungan Hormat kepada Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi, Panglima Latihan TD serta diberikan taklimat berkenaan Pengurusan Latihan MPLDTD di Bilik Imphal.
[srizonfbalbum id=10]