Semasa

TBR Eratkan Hubungan TD Dan Rakyat Sarawak

SARAWAK: Seramai 7 Pegawai dan 81 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Formasi Briged Ketiga Infantri Malaysia telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Sematan sempena Pesta Sematan 2017 pada 6 hingga 8 Okt 2017 di perkarangan Pasar Semantan dan dianggarkan seramai 2000 rakyat tempatan dan luar negara.

Pesta Sematan merupakan sebuah majlis yang julung kali diadakan pada setiap tahun bagi menghimpun agensi-agensi kerajaan badan beruniform dan NGO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Sarawak di Sematan, Lundu. Perkhidmatan yang diberikan oleh Formasi Briged Ketiga Infantri Malaysia ialah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan oleh 801 RSAT, pemeriksaan pergigian oleh 609 PGAT, pameran ketenteraan dan persenjataan oleh 11 RAMD, pameran kenderaan jenis tempur oleh 4 KAD dan persembahan tarian perang oleh Rej 511 AW.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada majlis penutup Pesta Sematan 2017, setiap agensi-agensi kerajaan perlu mengekalkan prestasi dan kerjasama mengembleng tenaga bagi membantu rakyat di Sematan Kecil demi pertumbuhan ekonomi dan sahsiah di daerah ini.

Turut menyaksikan upacara penutup adalah Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Hj Mat Zin, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Datuk Sri Datin Patinggi Hajah Jamilah Hj Anu, ADUN N.3 Tanjong Datu dan pegawai-pegawai di bawah naungan Briged Ketiga Infantri Malaysia.

[srizonfbalbum id=23]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online