SARAWAK: Anggota dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) dan Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS) yang diketuai oleh Lt M Azly Saad dari 6 RS bersama pihak polis Stapang dan APM Sibu telah membantu pihak JKM Sibu dalam proses pengagihan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Rh Tujuh, Stapang, Sibu pada 7 Jan 2018.
Selain daripada tugas pengagihan bantuan makanan, pasukan juga melaksanakan tinjauan ke kawasan terjejas banjir di sekitar Sibu dengan menggunakan aset tentera bot tempur milik pasukan 3 RRD.