KUALA LUMPUR: Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin telah hadir memeriksa perbarisan kesiagaan anggota dan aset yang terlibat sempena 9Th World Urban Forum yang telah diadakan di Padang Kawad PP RAMD, Kem Sungai Besi pada 5 Feb 2018.
Perbarisan terdiri dari 44 orang Pegawai dan 574 anggota gabungan pelbagai pasukan dalam TD telah mendengar amanat dari PMB TD berhubung perlaksanaan Op Kawal.
PMB TD dalam ucapannya menitikberatkan objektif Op Kawal dilaksanakan adalah untuk membantu pihak PDRM dan PBA menangani ancaman keganasan selain memelihara keselamatan dan keamanan di Kuala Lumpur sepanjang penganjuran 9th World Urban Forum 2018 dilaksanakan.
Show Of Presence bersama pihak PDRM di kawasan-kawasan strategik akan membuktikan komitmen TD dalam membantu memelihara keselamatan dan keamanan. Beliau juga menekankan pentingnya semua anggota dan aset berada dalam kesiagaan yang tinggi, mempamerkan tahap disiplin yang baik dan mematuhi perkara perundangan yang berkaitan.
Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi, Ketua Staf Am MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran, Pegawai-pegawai Memerintah dan Pemerintah serta Ketua-ketua Elemen Op Kawal 9th WUF 2018.
Gambar: Kpl Mohd Qayyum Ismail