SARAWAK: Seramai 40 anggota tentera naungan 9 Bgd telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) Pasca Banjir di SK Kuala Pelugau, Selangau pada 20 Feb 2018.
Program ini turut disertai oleh lima guru PIBG dan lima anggota bomba di mana ia dapat dilihat sebagai satu perkara yang baik di samping dapat mengekalkan hubungan yang baik antara tentera dan masyarakat selain bertujuan untuk membersihkan persekitaran sekolah yang telah terjejas akibat banjir baru baru ini.
Pihak Tentera dan pihak Bomba telah bekerjasama membersihkan laluan jalan perhubungan antara kelas dengan bilik darjah guru dan membuang lumpur yang menutupi simen di sekitar kawasan sekolah.
Program ini turut mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sekitar kawasan tersebut di samping dapat mengeratkan lagi hubungan di antara tentera dan masyarakat.
Gambar: Sjn Donny Mike Andy Chendang