JOHOR: Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menyaksikan Majlis Serah Menyerah Tugas Pengerusi Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Ke-14 di antara Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad dengan Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Hj Abdul Rahman di Dewan Ibrahim Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) pada 8 Mac 2018.
Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas lalu Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada Pengerusi Kor RAJD yang baharu, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Hj Abdul Rahman.
Mengimbas keperibadian mantan Pengerusi Kor RAJD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad dilahirkan pada tanggal 3 Jun 1958 di Yan Kedah dan mula menceburi bidang ketenteraan pada 5 Jun 1977 dan ditauliahkan di dalam Kor RAJD lalu berkahwin dengan Datin Khadijah Ali serta dikurniakan lima orang cahayamata.
Pelbagai jawatan disandang oleh beliau dan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Jurutera dari tahun 2006 hingga kini.
Manakala keperibadian Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Hj Abdul Rahman yang kini mengambil alih sebagai Pengerusi Kor RAJD yang baharu, mula memasuki bidang ketenteraan pada 12 Jun 1978 dan dilahirkan di Bagan Serai Perak pada 10 Jun 1960 serta mendirikan rumahtangga dengan Datin Nurlida Hj Shaarani dan dikurniakan tiga orang cahayamata.
Terdahulu sebelum itu turut diadakan Perbarisan Penghargaan Brig Jen Hussien Mud di Padang Kawad IKEM melibatkan 15 pegawai dan 209 anggota LLP RAJD.
Turut hadir Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Hassan Loman, Pemangku Ketua Jurutera, Brig Jen Ho Hin Chai dan Brig Jen Hussien Mud.
Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan
[srizonfbalbum id=177]