PERAK: Empat Rejimen KPTD (4 KPTD) telah menganjurkan Eksesais Pasak Bumi Siri 2/2018 peringkat 4 Div diadakan sekitar kawasan Tanjung Malim pada 2 April 2018.
Pembukaan latihan ini telah dirasmikan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi, dalam ucapan beliau, anggota-anggota yang terlibat dengan eksesais hendaklah menjaga ibadah, mampu melaksanakan latihan dengan baik dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan diri, peralatan dan anggota kumpulan.
Panglima juga berharap agar segala ilmu yang dipelajari dapat digunakan sepenuhnya dalam latihan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mampu dijadikan pengalaman buat pada masa akan datang.
Diakhir pembukaan latihan ini, Panglima telah melepaskan kumpulan-kumpulan pelaku di tempat bermula. Latihan ini akan berjalan sejauh 25KM bermula dari kawasan Behrang dan berakhir di Ulu Slim.
Turut hadir bersama, Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor, Pegawai Staf 1 Gerak MK 4 Div, Lt Kol Suhaimi Navinder Abdullah, Pegawai Memerintah 4 Rejimen KPTD, Lt Kol Maslina Abu Said, dan Pegawai-pegawai Memerintah Trup MK 4 Div.