Semasa

MENHAN Kagum Keupayaan TD

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 17 Apr 2018.

Pameran yang diadakan selama empat hari itu telah menarik minat beliau untuk mengunjungi dan melihat sendiri akan booth yang mempamerkan dengan pelbagai peralatan serta kenderaan pertahanan melibatkan 1,500 syarikat dari 45 buah negara.

DSA 2018 adalah pameran dan persidangan yang diiktiraf antara lima terbaik dunia dengan pelbagai acara diadakan dan buat julung kalinya acara dwitahunan yang diadakan sejak tahun 1988 ini ditempatkan di lokasi baharu serta kali pertama edisi Ke-16 DSA dianjurkan bersama NATSEC Asia.

MENHAN seterusnya mengunjungi booth Malaysia Army Pavilion lalu dibawa ke Bilik Operasi Divisyen Tentera Darat (TD) bagi melihat sendiri akan aktiviti latihan serta paparan operasi dan komunikasi dua hala secara tepat masa serta turut dipertontonkan teknologi peperangan elektronik termaju dan terkini yang disokong oleh sistem Network Centric Operation (NCO) dan X-Band.

Selain itu, beliau turut diberi taklimat di ruang pameran TD berhubung Program NCO yang berupaya mempertingkatkan keberkesanan perintah dan kawalan kepada pelbagai operasi dan aktiviti di medan.

Pada masa sama beliau juga berpeluang memberi arahan tembakan meriam yang dipancar menggunakan sistem teknologi maklumat termaju secara langsung terus ke tapak latihan menembak sejauh 190km.

Terdahulu ketibaannya di booth Malaysia Army Pavilion di sambut oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan beliau berpuas hati serta merasa kagum akan persembahan yang dipertontonkan Malaysia Army Pavilion kepada beliau.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima MK Gapu, Brig Jen Dato’ Yusri Anwar.

 

[srizonfbalbum id=202]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online