KUALA LUMPUR : Seramai 450 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di Dewan Wardieburn pada 8 Jun 2018.
Kempen ini bertujuan memberi pengetahuan cara pemanduan yang berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya terutama pada musim perayaan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Wilayah Kuala Lumpur(JKJRWPKL), Azharul Izwan Puaadi dijemput sebagai Penceramah Jemputan program yang diadakan.
Pelbagai gerai pameran diadakan di mana pelbagai agensi terlibat dalam kempen ini seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Wilayah Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya.
Sebelum acara diakhiri, Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi telah dijemput ke luar dewan bagi melihat demonstrasi cara pemanduan yang selamat sebelum melekatkan pelekat pada motor dan kereta anggota sebagai gimik perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya 4 Div bagi tahun 2018.
Turut hadir, Pegawai Memerintah 74 Bn KPD, Lt Kol Nasarudin Mansor dan Pegawai-pegawai Kanan MK 4 Div.