KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MKTD) diantara Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin dan Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Bilik Mesyuarat Sekretariat TD pada 11 Nov 2018.
Sejurus selesai acara, bagi memohon keberkatan dari Ilahi bacaan doa telah disempurnakan oleh Pegawai Staf 2 Agama MK TD, Mej Zainal Abidin Mohamed Salleh.
PTD mengucapkan tahniah kepada Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi selaku KS MKTD yang baharu.
Turut hadir AKS Cawangan Perancangan dan Pembangunan dan pegawai-pegawai kanan TD.
Gambar: Saifun Hakimi Zainon