HUTMK TDSemasa

RAD Sambut Ulang Tahun Ke-62

SELANGOR: Seramai 21 pegawai dan 367 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Artileri Diraja (RAD) terlibat dalam Perbarisan Hari RAD Ke-62 disempurnakan oleh Pengerusi RAD, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Zulkipli Mohd Zahir di Padang Kawad Rejimen Ke-31 Artileri Diraja, Kem Tun Ibrahim pada 15 Ogos 2019.

Perbarisan terdiri daripada lima kontijen diketuai oleh Pegawai Memerintah Rej Ke-34 RAD, Lt Kol Hj Ayob Yahya, Ajutan perbarisan Kapt Abdul Jabar Mohamad Nair dan Sarjan Mejar Perbarisan PW I Khuzaed Marwan manakala pancaragam yang mengiringi perbarisan pula dari Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja dibawah pimpinan Mej Dom Abdul Aziz Abdullah.

Dalam ucapan Pengerusi RAD, beliau menyatakan kewujudan RAD sejak 62 tahun yang lalu telah melalui proses pembangunan perolehan sistem peralatan dan persenjataan yang telah mampu meningkatkan kemampuan dalam melahirkan keagungan tembakan yang berkesan.

“Sehubungan itu saya menyeru semua peringkat warga RAD membudayakan sifat menyayangi aset sedia ada serta mempraktikkan budaya senggaraan yang tinggi, agar  terus dimartabatkan sebagai satu kor yang disegani di dalam TD,” tegasnya.

Tambahnya lagi, beliau mahukan semua warga RAD mempertingkatkan tahap kompetensi dan keupayaan bukan sahaja dari aspek kemeriaman tetapi pelbagai aspek pengetahuan am ketenteraan sejajar dengan keperluan profesionalisme tentera masa kini.

Turut hadir, Pengarah Artileri, Brig Jen Ibrahim Yasir, Panglima GAPU, Brig Jen Zainal Mohd Noor dan veteran-veteran RAD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online