KUALA LUMPUR: Seramai 50 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 18 Feb 2020.
Mendahului senarai, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin yang dinaikkan pangkat daripada Mej Jen ke Lt Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf MK ATM, Kol Rizuan Abu Bakar dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Perkhidmatan MK PMTTD.
Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada sembilan pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol didahului oleh Lt Kol Zamri Othman yang menjawat sebagai Juruarah, MPAT, Lt Kol Abd Munir Hj Abd Rani dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan Timb Panglima, MK 11 Bgd, Lt Kol Razali Kosnan dinaikkan ke pangkat Kol dan menjawat jawatan sebagai Timb Panglima, MK 10 Bgd (Para), Lt Kol Mohd Afendi Abu Bakar dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan Komander Rejimen Jurutera (KRJ), MK RAJD 3 Div, Lt Kol Fauzi Mamat dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan Kol Pengurusan, Cwg Pengurusan, MK ATM – BPK, Lt Kol Ahmad Jafri Ahmad Zuliyadai dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan sebagai Ketua Perisikan, Bn 165 Risik TD.
Disamping itu juga pemakaian pangkat kepada Kol (Kehormat) kepada Naib Canselor, UniMAP, Prof Ir Ts Dr R. Badlishah Ahmad menjawat jawatan sebagai Komandan PALAPES UniMAP, Naib Canselor, UteM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim menjawat jawatan sebagai Komandan PALAPES UteM dan Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Sdn Bhd, Dato’ Wan Shaharuddin Wan Mahmood menjawat jawatan sebagai Ahli JAKPAW Kementah
Manakala seramai 24 pegawai kanan termasuk Pegawai Sukarela AW dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol serta 15 Pegawai Senarai Tugas Khas dinaikkan ke pangkat Lt Muda.
Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat, ianya kurniaan Ilahi serta berkat hasil kegigihan, integriti dan sifat terpuji yang konsisten, ketiga-tiga aspek tersebut adalah antara ciri-ciri asas bagi pemimpin.
“Sebagai pegawai kanan yang memimpin anggota bawahan, saya berharap saudara-saudari dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar TD akan menjadi lebih harmoni dan lebih cekap,” tegas PTD.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.
[custom-facebook-feed album=3272436029451956]