3 DivOP PENAWARSemasa

Panglima 3 Div Tinjau Kawasan OP PENAWAR 4 Bgd (Mek)

PAHANG: Panglima 3 Divisyen (3 Div), Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim turun padang membuat tinjauan terhadap kesiagaan anggota di bawah KTJ 4 Bgd (Mek) yang terlibat dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 dan 19 Apr 2020.

Tinjauan ini melibatkan beberapa lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) iaitu di Daerah Bentong, Raub, Jerantut, Temerloh dan seterusnya ke SJR di Daerah Maran pada hari pertama tinjauan beliau.

Seterusnya Panglima 3 Div dan Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Zaidan Atan meneruskan tinjauan ke SJR Kemaman, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Tujuan tinjauan ini adalah bagi berkongsi maklumat dan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada Panglima 3 Div berkenaan pelaksanaan OP PENAWAR di sekitar KTJ 4 Bgd (Mek).

Panglima 3 Div turut berkesempatan mendengar taklimat mengenai OP PENAWAR dari Pegawai Memerintah 7 RRD (Mek), 7 RAD, 12 RAMD (Mek), 1 KAD dan Rej 505 (AW) Kem Force 136 di bilik taklimat yang berasingan sepanjang tinjauan beliau ke OP PENAWAR di bawah KTJ 4 Bgd (Mek).

Panglima 3 Div juga berkehendakkan semua pemerintah menjadikan OP PENAWAR ini sebagai “Operation Cum Traning”.

Turut hadir KS Am 4 Bgd (Mek) Lt Kol Ridzwan Abdul Majid, Pegawai Memerintah/Pemerintah pasukan di bawah naungan 4 Bgd (Mek).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online