KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) bertempat di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 19 Okt 2020.
Majlis dimulai dengan empat pegawai menerima Penganugerahan Tauliah Kol Kehormat didahului Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Hjh Rosida Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendukung AW Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh yang dilantik sebagai Komander 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) AW.
Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad, Lt Kol Datuk Ir Hj Kamarulzaman Zainal TUDM (B) yang dilantik sebagai Komander 50 Rejimen Pakar Keretapi RAJD AW manakala Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Komandan PALAPES UIA.
Sementara itu, seorang pegawai ditauliahkan Lt Kol Kehormat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pegawai Memerintah 60 Pakar Air RAJD AW serta dua pegawai ditauliahkan Mej Kehormat iaitu Ketua Unit Integriti, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Hj Muhammad Safwan Saidin dan Setiausaha Pegawai Eksekutif MAIWP, Noriza Abdul Rahim, dimana masing-masing dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung AW Wilayah Persekutuan, KL.
Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Jurutera RAJD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Chapiti Redzwan dan pegawai kanan Tentera Darat.
Gambar: Pbt Pbt Mohammad Fadzil Akirul