Semasa

Tentera Darat Terus Mempertingkat Kesiagaan

KUALA LUMPUR : Tentera Darat (TD) menerima perolehan beberapa aset baharu berupa Kenderaan Jenis B (KJB) dan beberapa laras senjata bantuan yang berlangsung di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentomen pada 26 Okt 2022.

Terdahulu, majlis penyerahan aset TD telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain diiringi oleh Panglima Logisitik TD, Mej Jen Hj Abdul Aziz Samsi @ Hj Shamsudin.

Antara aset-aset KJB yang diterima melibatkan tiga unit Heavy Expanded Mobility Tactical Truck-Multi Cargo Palletised (HEMTT-MCPLS), 10 unit Trak 5 Tan dan 40 unit 1 Tan GS Kargo, 32 unit Trak 3 Tan GS Kargo (untuk kegunaan MALBATT), 36 unit Kenderaan Penarik Meriam dan 40 unit Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR).

Beberapa laras senjata bantuan baharu yang diterima melibatkan 72 unit Mortar 81mm (Complete Set) bersama TALOS Fire Control System, 27 unit Multiple Grenade Launcher 40mm dan 150 unit Light Anti Tank Weapon Short Range (Rocket Propelled Grenade).

Turut diterima sebanyak 98 unit Assault Boat bersama Single Outboard Engine of 40HP or 60HP 4 Stroke (Tiller or Remote).

Aset-aset berkenaan juga sebahagiannya telah diserahkan secara berperingkat sejak dari awal tahun 2022.

Perolehan aset ini sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan di mana salah satu hasrat PTD Ke-28 adalah memperkukuh serta mempertingkatkan kesiagaan TD.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Mej Jen Malek Razak Sulaiman dan beberapa wakil daripada syarikat pembekal.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online