JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Perasmian Rejimen 883 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 883 PUTD) sempena Hari Ulang Tahun (HUT) PUTD Ke-28 di Rej 881 PUTD pada 11 Mac 2023.
Terdahulu, PTD menerima tabik hormat dari perbarisan seramai 12 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Rej 883 PUTD.
Majlis diteruskan dengan acara pemakaian pangkat kepada lima anggota LLP, persembahan gimik perasmian dari pasukan Rej 883 PUTD, penyerahan Tongkat Kuasa dan Bendera Rejimen Pegawai Memerintah serta menandatangani Plate Perasmian Rej 883 PUTD oleh PTD.
“Kegigihan usaha serta semangat kerjasama yang dipupuk dalam kalangan warga PUTD ini telah berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam setiap penugasan yang diberi.
“Melalui penubuhan Rejimen 883 PUTD ini keupayaan dan keberkesanan PUTD akan dipertingkatkan bagi mencapai visi dan misinya,” jelas PTD.
Majlis diakhiri dengan upacara memotong kek HUT PUTD Ke-28, jamuan makan serta penyampaian cendera kenangan kepada PTD Ke-28.
Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Pengarah PUTD, Brig Jen Mohd Zaki Abu dan Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia, Brig Jen Mohamad Suria Mohamad Saad.
Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi