KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyempurnakan Program Pengagihan Bubur Lambuk yang diadakan di Perkarangan Wisma Pertahanan pada 3 Apr 2023.
Pengagihan bubur lambuk ini merupakan sumbangan daripada AFFIN Bank Berhad untuk diagihkan kepada warga Wisma Pertahanan yang terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penjawat awam.
Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM.
Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir