BAKATBersama PemimpinSemasa

Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan Dilantik PTD Ke-30

KUALA LUMPUR: Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30 yang baharu dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas PTD yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di Auditorium Wisma Pertahanan pada 6 Sep 2023.

 

Dalam majlis tersebut, PTD Ke-29, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyerahkan tugas dan tanggungjawabnya kepada PTD Ke-30, Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkuatkuasa mulai 6 Sep 2023 selepas memegang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Ke-26 sejak 19 Apr 2023 yang lalu.

 

Terdahulu, MENHAN menyempurnakan acara pemakaian pangkat Jen ke atas Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

 

MENHAN dalam ucapannya percaya dengan kredibiliti dan kemampuan Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai PTD Ke-30 untuk menerajui ketumbukan Tentera Darat Malaysia (TDM) ke aras lebih tinggi.

 

“Saya amat yakin, perubahan pucuk pimpinan ini tidak akan sekali-kali menjejaskan keteguhan serta fokus segenap lapisan Tentera Darat dalam menunaikan tanggungjawab bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan negara yang kita cintai ini sentiasa terpelihara,” jelasnya.

 

Mengimbas keperibadian PTD Ke-30, Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, merupakan anak kelahiran negeri Johor yang ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 30 Jul 1988 dan memegang jawatan sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-10 RAMD.

 

Beliau juga menghadiri pelbagai kursus dan pengajian di dalam dan luar negara seperti Diploma Sains Pengurusan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Infantri Officer Advance Course di Amerika Syarikat, Command and General Staff College di Amerika Syarikat, Master in Management di Filipina, Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Royal College of Defence Studies di United Kingdom.

 

Antara jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau ialah Pegawai Memerintah Batalion Keempat RAMD, Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD).

 

Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dan pegawai-pegawai kanan ATM.

 

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, Pbt Tuan Farizal Tuan Dir

 

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online