Semasa

Pembukaan Kursus Staf & Taktik G2 Dan G3 Siri 1/24

NEGERI SEMBILAN: Seramai 167 pegawai dari pelbagai kor dan rejimen Tentera Darat (TD) terlibat dalam pembukaan Kursus Staf & Taktik Gred 2 dan Gred 3 Siri 1/24 yang disempurnakan oleh Komandan Akademi Tentera Darat (ATD), Brig Jen Abdul Karim Ahmad bertempat di Auditorium Sebatang Karah pada 11 Jan 2024.

Kursus yang dilaksanakan bermula dari 3 Jan hingga 12 Apr 2024 ini bertujuan untuk melatih pegawai-pegawai agar kompeten dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di pasukan masing-masing.

Dalam ucapan pembukaan, Komandan ATD menyatakan hasrat dan harapan beliau kepada pegawai-pegawai yang hadir berkursus agar dapat memberikan komitmen terbaik sepanjang perjalanan kursus ini dilaksanakan.

“Saya berharap kesemua penuntut bersungguh-sungguh menghadapi kursus ini agar ilmu yang ditimba dapat diterapkan dalam situasi sebenar di pasukan masing-masing kelak,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah Kolej Pegawai, Kol Meor Anas Meor Ahmad, Ketua Div Staf dan Taktik, Lt Kol Mohd Faizul Mohd Mudzari dan Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Lt Kol Ameruddin Hj Razali.

Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi, LKpl Mohammad Fadzil Akirul & LKpl Ahmad Nik Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online