Bersama PemimpinPenghargaanSemasa

Jasamu Panglimaku: Penghormatan TD Kepada PAT Ke-22

NEGERI SEMBILAN: Sempena Lawatan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-22, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, Tentera Darat (TD) memberikan penghormatan tertinggi dengan mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Jasamu Panglimaku’ dalam sebuah perbarisan penghargaan bagi meraikan persaraannya bertempat di Padang Kawad Kem Segenting, Port Dickson pada 25 Jan 2025.

PAT menzahirkan penghargaan kepada TD khususnya Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan atas inisiatif menganjurkan perbarisan ini.

Dalam ucapan yang penuh bermakna, PAT menekankan bahawa meskipun kepimpinan akan silih berganti, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan tetap teguh dengan visi dan misinya yang jelas dalam menghadapi cabaran dan ancaman masa hadapan.

“Sebagai pertahanan utama negara, TD perlu terus maju dengan komitmen tinggi dimana keupayaannya untuk beradaptasi dalam dunia yang kompleks mencerminkan kecemerlangan profesionalisme angkatan ini,” ujar beliau.

Tambahan lagi, beliau turut yakin bahawa pelan pembangunan seperti Army 4Next G dan Strategi Domain Daratan akan menjadi pemacu utama ke arah memperkukuh kapasiti dan keberkesanan TD.

Terdahulu, PAT menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang mengiringi Panji-Panji 23 RAMD diketuai oleh Mej Muhammad Fikri Senan.

Acara diteruskan dengan perbarisan tempur yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol Azlan Shah Baharom melibatkan kira-kira 2,800 pegawai dan anggota TD dari trup tempur, bantuan tempur dan bantuan khidmat pelbagai unit TD serta ragaan aset-aset tempur dipersembahkan bagi mencerminkan kekuatan dan keupayaan TD.

Usai perbarisan, PAT merasmikan Dewan Serbaguna Kem Segenting yang dinamakan sebagai Dewan Tan Sri Mohammad (TSM) sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan kepada TD dan ATM.

PTD turut berkesempatan menyampaikan ucapan penghargaan kepada PAT atas dedikasi beliau dalam memperkukuhkan TD dan ATM sambil menegaskan bahawa komitmen PAT menjadi inspirasi kepada seluruh warga angkatan.

Acara diakhiri dengan upacara street lining dimana PAT menaiki kenderaan perisai Malaysian Infantry Fighting Vehicle sambil diraikan oleh para pegawai dan anggota di sepanjang laluan utama Kem Segenting.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Jurugambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online