Semasa

Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman PMB TD Ke-25

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD) yang berlangsung di Dataran PTD, Kem Perdana Sg. Besi pada 3 Feb 2025.

Sejurus ketibaan PTD, beliau menerima tabik hormat daripada anggota perbarisan tempur statik yang terdiri daripada 28 pegawai dan 562 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Lt Kol Mohd Noornasriq Abd Rahim.

Dalam majlis ini, Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri secara rasmi menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai PMB TD kepada penggantinya, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman yang disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa.

Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri akan meneruskan khidmatnya dalam angkatan tentera dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS).

Terdahulu, PTD turut menyempurnakan Pemakaian Pangkat ke atas mantan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman yang dinaikkan ke pangkat Lt Jen bagi menjawat jawatan sebagai PMB TD Ke-25.

Gambar: Pbt Syfiqrullah Mazlan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online