Bersama PemimpinSemasaTrup TD

Peralihan Kepimpinan 10 Bgd (Para)

MELAKA: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 10 Briged (Para) di Dataran Parawood, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) (Para) pada 5 Feb 2025.

Dalam majlis ini, Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal secara rasminya menyerahkan tampuk kepimpianan dan tanggungjawab sebagai Panglima 10 Bgd kepada penggantinya, Brig Jen Khairul Anwar Soib yang disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa.

Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal akan meneruskan khidmatnya dalam angkatan tentera dengan menjawat jawatan sebagai Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div).

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga kepada warga 10 Bgd (Para) yang sentiasa mempamerkan nilai Higher Fighting Spirit dalam apa jua yang dilakukan tidak kira dari segi pertempuran, latihan, pertandingan sukan, operasi mahupun audit.

“Sepanjang tujuh tahun memegang tampuk pemerintahan, pencapaian briged ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sikap dedikasi, disiplin dan integriti setiap anggota.

“Selain itu, slogan Strong Arms Big Heart yang sering diungkapkan bukan sahaja merujuk kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tempur yang tinggi, tetapi juga mencerminkan sikap rendah diri dan hormat-menghormati sesama rakan seperjuangan.

“Kesiagaan yang tinggi harus dikekalkan agar setiap anggota sentiasa bersedia untuk diaturgerakkan bagi mencapai misi yang diberikan,” jelas mantan Panglima 10 Bgd (Para).

Tambahnya lagi, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga 10 Bgd (Para) dan berharap agar terus membulatkan tekad untuk menjadikan briged ini unggul, cemerlang serta disegani kawan dan lawan.

Sempena Serah Terima Tugas ini, turut diadakan demonstrasi keupayaan tempur 10 Bgd (Para) terdiri daripada demonstrasi menara serbaguna, pertahanan udara artileri dan serangan seksyen yang mempamerkan ketangkasan, kesiapsiagaan serta kecekapan anggota dalam pelbagai senario pertempuran.

Acara diakhiri dengan Street Lining oleh semua peringkat pegawai dan anggota yang hadir sebagai tanda penghormatan ke atas mantan Panglima 10 Bgd (Para).

Gambar: LKpl Muhammad Nor Akram Halib, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online