4 DivBersama PemimpinKebajikanMINDEFSemasa

MENHAN Santuni Warga TD Dalam Majlis Iftar

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tentera Darat (TD) di Kem Wardieburn pada 11 Mac 2025.

Sejurus ketibaan, beliau diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Datuk Hj Mohd Nizam Hj Jaffar bagi menyempurnakan sesi penyerahan Mock Cheque Sumbangan Simpanan Pendidikan Madani kepada anak-anak warga TD tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 serta Peruntukan Senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Blok Penginapan Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) tahun 2025.

Setelah itu, MENHAN turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada para anggota dan waris keluarga yang menghidap penyakit kronik dimana sumbangan ini diberikan sebagai tanda keprihatinan dalam membantu meringankan beban para penerima untuk menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan serta persiapan menyambut bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah ringkas penghayatan bulan Ramadan yang disampaikan oleh Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kol Hj Mohd Jihadi Hj Ahmad.

Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan turut memberikan sumbangan kepada seramai 25 saudara baharu yang berkhidmat dibawah naungan 4 Div.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaimann dan Panglima 4 Div Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Muhammad Syfiqrullah Mazlan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online