Bersama PemimpinSemasa

TD Raikan Aidilfitri Penuh Meriah

KUALA LUMPUR: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Tentera Darat (TD) berlangsung dengan suasana yang penuh meriah sepanjang hari di Wisma Perwira TD, Kem Perdana Sungai Besi pada 16 Apr 2025.

Sejurus ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Halim Ali, majlis dimulakan dengan gimik pembukaan yang kreatif dan menarik.

Para hadirin kemudiannya dijamu dengan pelbagai juadah tradisional sambil beramah mesra dalam suasana harmoni yang mencerminkan semangat kekeluargaan dalam institusi ketenteraan.

Majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan yang menghiburkan sebelum diserikan dengan pertunjukan bunga api serta penyampaian hadiah Gerai Terbaik yang dimenangi oleh Rejimen Semboyan Diraja (RSD).

Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri selaku Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah turut meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu sebelum menyempurnakan penyampaian duit raya kepada seluruh warga TD yang hadir.

Turut hadir, pegawai-pegawai kanan ATM dan veteran ATM.

Gambar: LKpl Muhammad Nor Akram Halib

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online