Semasa

PTD Ke-31 Lawat MK PLTD

KUALA LUMPUR: Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK PLTD) menerima Lawatan Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-31, Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman sempena beliau memegang tampuk pemerintahan tertinggi Tentera Darat (TD) pada 13 Mac 2026.

Terdahulu, ketibaan beliau disambut oleh Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Abd Hafiz Ahmad lalu memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang diketuai oleh Mej Muhd Azizul Alias dan terdiri daripada dua pegawai serta 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

PTD kemudian diperkenalkan kepada para pegawai dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) yang berkhidmat di MK PLTD sebelum mendengar taklimat berkenaan perkara G, A dan Q.

Bersempena lawatan ini, PTD dan isteri Datin Noor Ainy Hj Mohd Ali selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat turut mengadakan lawatan kebajikan kepada anggota MK PLTD dengan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban dalam menjalani ibadah puasa serta menyambut aidilfitri yang bakal tiba.

Sumbangan yang pertama kepada adik Imanuel Niqhiel berumur 15 tahun merupakan anak Kpl Lakawi Sayeng yang menghidap penyakit kanser darah tahap dua dan kini masih mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Penerima sumbangan kedua, adik Thea Rami anak kepada Kpl Christian Adi Putra Nyaies yang menghidap penyakit paru-paru kronik, diikuti adik Mohd Arif berusia empat tahun anak kepada SSjn Mohd Faizal Ramli yang mengalami ketiadaan saluran pembuangan najis.

Lawatan kebajikan diteruskan dengan melawat Puan Nur Izal Syamira isteri kepada Kpl Muhammad Ikhwan Mat Yusof yang mengalami ketumbuhan di paru-paru dan anak LKpl Mohamad Hasrul Husaini Azaman iaitu adik Muhammad Harraz Mustaqim yang menghidap penyakit Hyspospadias.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Azudin Hassan dan Asisten Ketua Staf Logistik TD, Brig Jen Log. Muzafar shah Mosam Shah.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Meor Danish Aniq Mohd Faizul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online