Bersama PemimpinSemasa

CIMIC 2025 Tawan Hati Warga Tawau

SABAH: Lebih 15,000 penduduk setempat membanjiri Kompleks Sukan Tawau bagi memeriahkan Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) 2025 anjuran Kementerian Pertahanan yang berlangsung pada 28 hingga 29 Jun 2025.
Karnival ini merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuh hubungan erat antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat setempat menerusi pendekatan pertahanan menyeluruh.
Sorakan gemuruh ribuan pengunjung bergema sebaik sahaja acara dimulakan dengan pertunjukan penerjunan bebas daripada elemen pasukan khas ATM dan Pasukan Aturgerak Cepat.
Pelbagai acara menarik turut dipersembahkan termasuk demonstrasi Tempur Tanpa Senjata, Pertunjukan Anjing Perang, Kawad Senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), persembahan brass band dan drumline serta pameran aset ketenteraan yang memberi peluang kepada rakyat untuk melihat lebih dekat keupayaan ATM.
Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa ATM bukan sekadar sebuah entiti pertahanan, malah turut berperanan aktif dalam memperkukuh kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.
“Karnival ini membuktikan bahawa ATM bukan sahaja bersedia dari aspek pertahanan, tetapi juga prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan komuniti,” ujar beliau dalam sidang media selepas menyempurnakan perasmian karnival pada 29 Jun 2025.
Beliau turut menekankan bahawa pendekatan pertahanan menyeluruh memerlukan penglibatan aktif seluruh lapisan rakyat demi menjamin kelangsungan keselamatan dan kedaulatan negara.
Sebagai tanda penghargaan, MENHAN turut menyampaikan sumbangan Kotak Rezeki kepada komuniti setempat serta menyempurnakan cabutan bertuah kepada para pengunjung yang hadir.
Beliau kemudiannya meluangkan masa melawat tapak pameran yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta sekali gus mempamerkan sinergi antara pertahanan dan pembangunan negara.
Terdahulu, MENHAN diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyempurnakan perasmian Masjid Al-Ikhlas di Kampung Pasir Putih Asli yang telah dibaik pulih oleh anggota Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) melalui Program Jiwa Murni (PJM) sejak 16 Jun lalu.
Masjid berkenaan telah menjalani proses pembaikan menyeluruh meliputi kerja mengecat semula, pemasangan awning, baik pulih tandas serta sistem elektrik demi keselesaan jemaah dan penduduk setempat.
Sempena program tersebut, MENHAN turut menyampaikan sumbangan Kotak Rezeki kepada golongan yang memerlukan sebagai simbol keprihatinan.
Penganjuran program seumpama ini jelas membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam menjayakan konsep ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’, di samping memperkukuh keyakinan rakyat terhadap ATM sebagai pelindung negara dan rakan strategik dalam pembangunan komuniti.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali serta pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.
Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husien & LKpl Muhammad Nor Akram bin Halib

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online