HUTKebajikanSemasa

KJLJD Perkukuh Keupayaan Melalui Teknologi AI dan Aset Baharu

NEGERI SEMBILAN: Genap 68 tahun penubuhannya, Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan logistik Tentera Darat (TD).

Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato’ Ts Muhammad Shafiq Poh Abdullah melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran atas sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) KJLJD Ke-68 di Padang Kawad Kem Kg Sawah, Institusi Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) pada 15 Jul 2025.

Sejak ditubuhkan pada 1957, KJLJD kekal memainkan peranan penting dalam menyokong operasi ketenteraan dan kini sedang melaksanakan pelan transformasi Way Forward yang selaras dengan aspirasi TD menuju Angkatan Masa Hadapan (AMH) dan matlamat Strategik Domain Daratan (SD2).

Dalam usaha memperkukuh keupayaan teknikal, KJLJD turut memperkenalkan teknologi Non-Destructive Test (NDT) dan menyokong penggunaan sistem penyenggaraan moden berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) serta predictive maintenance.

Warga kor juga diseru untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan memahami sistem automasi serta platform Unmanned Autonomous Vehicle (UAV) bagi mendepani cabaran operasi masa hadapan. Selain itu, aspek disiplin dalam penggunaan media sosial turut ditekankan bagi melindungi imej serta keselamatan institusi pertahanan.

“Saya menyeru kepada semua warga KJLJD agar terus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan teknikal, latihan berterusan serta kefahaman mendalam terhadap peralatan moden terutama sistem berasaskan AI.

Senggaraan peralatan moden kini bukan sahaja melibatkan aspek mekanikal keupayaan untuk menganalisis sistem berautomasi dan integrasi data berasaskan AI.

“Di kesempatan ini juga suka saya untuk mengingatkan kepada semua warga dalam era revolusi industri 4.0, media sosial telah menjadi saluran komunikasi utama dalam kehidupan harian masyarakat termasuk dalam persekitaran ketenteraan walaupun ia membawa banyak manfaat dari segi komunikasi dan penyebaran maklumat, penggunaan media sosial dalam kalangan warga tentera perlu dikawal dengan ketat,” jelas Pengerusi KJLJD dalam ucapannya.

Seusai perbarisan yang melibatkan seramai 15 pegawai dan 197 anggota Lain-Lain Pangkat, majlis diteruskan dengan acara memotong pulut kuning sempena HUT dan diikuti penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), penglibatan sukan serta penyerahan sumbangan kepada ahli veteran KJLJD.

Turut hadir, Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato Ts Hj Ahmad Jaidi Ali.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online