Bersama PemimpinSemasa

MMR HTD Ke-92 Kukuhkan Budaya Rejimental dan Kebersamaan

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena Hari Tentera Darat (HT D) Ke-92 bertempat di Wisma Perwira TD pada 22 Ogos 2025.

Majlis yang dihadiri pegawai dari pelbagai kor dan rejimen TD ini menjadi pengisian penting dalam sambutan HTD, sekali gus memperkukuh adat serta budaya rejimental yang sekian lama diamalkan di samping berperanan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga TD dengan mantan PTD.

Ketika ucapan PTD, beliau menegaskan bahawa masa depan Angkatan Tentera bergantung kepada sokongan rakyat kerana semangat dan kebersamaan jauh lebih penting daripada kelengkapan semata-mata.

“Tema Hari Tentera Darat Ke-92, ‘Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Pemangkin Aspirasi Angkatan Masa Hadapan’ jelas menggambarkan bahawa kekuatan negara lahir daripada perpaduan antara rakyat dan angkatan tentera,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan warga TD tentang cabaran serangan fitnah di media sosial apabila pihak tidak bertanggungjawab mengeksploitasi insiden terpencil untuk menjejaskan kredibiliti pasukan.

Tindakan sebegini merupakan sebahagian daripada perang kognitif yang menggunakan naratif palsu bagi melemahkan moral serta keyakinan rakyat.

Sehubungan itu, PTD menyeru agar seluruh warga TD tidak mudah terpengaruh, sebaliknya berdiri teguh mempertahankan maruah institusi sambil terus menjadi teladan kepada masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan acara memotong pulut kuning sempena HTD Ke-92 serta penyampaian cendera kenangan kepada mantan-mantan PTD dan isteri sebagai tanda penghargaan atas jasa dan kepimpinan mereka.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Hj Malek Razak Sulaiman, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan mantan-mantan PTD.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan & Pbt Amir Hamzah Mohd Yusri

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online