Bersama PemimpinPasukan SimpananSemasa

1,927 Pegawai Kadet PALAPES Terima Watikah Pentauliahan

SELANGOR: Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam Ke-43 telah menyaksikan seramai 1,927 pegawai berjaya menamatkan latihan ketenteraan terdiri daripada 1,098 Pegawai Kadet Darat, 431 Pegawai Kadet Laut dan 398 Pegawai Kadet Udara bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 13 Sep 2025.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj disambut oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar serta serta Naib Canselor UPM, Kol (Kehormat) Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Baginda kemudiannya menerima tabik hormat sebelum berkenan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 16 detasmen diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Hanif Mohd Bakhtiar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Perbarisan turut menyaksikan Baginda Tuanku berkenan menyempurnakan acara Penganugerahan Pedang Kehormat kepada 39 Pegawai Kadet Terbaik dari setiap PALAPES Universiti Awam.

Penganugerahan ini melambangkan keunggulan kepimpinan, disiplin serta kecemerlangan pencapaian sepanjang menjalani latihan sekali gus menjadi pemangkin semangat kepada rakan seperjuangan lain dalam memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.

Dalam titah DYTM Tuanku Raja Muda Selangor, baginda menzahirkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan seluruh Pegawai Kadet yang berjaya menamatkan latihan.

“Beta yakin dengan berbekalkan ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan, pegawai-pegawai muda ini akan dapat menyumbang ke arah pembentukan ATM yang disegani.

“Ingatlah, sumpah taat setia yang diikrarkan bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi merupakan janji suci kepada nusa dan bangsa.

“Jadikanlah pentauliahan ini sebagai titik tolak kepada tanggungjawab yang lebih besar dalam menggalas peranan sebagai pemimpin muda dan perwira simpanan negara,” titah Baginda.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan Aris TUDM.

Gambar: LKpl Muhammad Syafiqrullah Mazlan & Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online