Bersama PemimpinPenghargaanSemasa

Satu Rakyat Satu Ringgit, Demi Pahlawanku

KUALA LUMPUR: Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) Tahun 2025/2026 bertemakan ‘Satu Rakyat Satu Ringgit, Demi Pahlawanku’ telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail selaku Penaung KTP bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat pada 9 Okt 2025.

Tema kempen tahun ini mencerminkan semangat perpaduan dan solidariti rakyat Malaysia dalam menghargai jasa serta pengorbanan para pahlawan negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air.

Dalam ucapan perasmian, Penaung KTP menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM serta para dermawan yang sentiasa menyalurkan sumbangan untuk membantu para veteran dan keluarga mereka.

“Jasa para perwira bukan sekadar sejarah, tetapi realiti yang kita nikmati hari ini,” katanya sambil mengingatkan rakyat agar terus menghargai pengorbanan anggota tentera yang telah mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau turut menekankan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan sosioekonomi veteran melalui kerjasama agensi seperti PERHEBAT, PERNAS, PERKESO dan Institusi Pengajian Tinggi.

Antara usaha tersebut termasuk peluang pekerjaan, latihan keusahawanan serta program pengajian berasaskan pekerjaan bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam kalangan veteran ATM.

Selain itu, beliau turut menggalakkan rakyat Malaysia menyertai aktiviti seperti MyWarrior Run dan Pertandingan Pancing Amal di samping menyalurkan sumbangan sekurang-kurangnya Satu Rakyat Satu Ringgit, Demi Pahlawanku.

Sementara itu, Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapan aluannya menyatakan keyakinan bahawa kutipan KTP tahun ini mampu melebihi RM 3 juta, dengan jumlah semasa telah mencapai RM 1.095 juta.

Beliau menyeru agar Kempen Tabung Pahlawan tidak hanya dilihat sebagai acara tahunan, tetapi sebagai gerakan nasional yang menzahirkan keprihatinan dan penghargaan terhadap jasa perwira negara.

Acara kemuncak majlis menyaksikan penyerahan mock cheque daripada para penyumbang kepada Penaung KTP sebagai simbolik pelancaran kempen.

Selain itu, turut diadakan pertukaran Nota Kerjasama Strategik antara Kementerian Pertahanan dengan beberapa rakan sinergi utama seperti Focus Point melalui Program HeroCare Privilege, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerusi Program My Hero Tani serta Klinik Dr. Zulfikar melalui Program Veteran Sihat Sejahtera.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima-Panglima Perkhidmatan.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online