BTDMLatihanSemasa

Commander RCA Dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Kehormat

MELAKA: Commander of the Royal Cambodian Army (RCA), General Mao Sophan telah dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Dataran Parawood, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD (Para)) pada 14 Okt 2025.

Terdahulu, ketibaan PTD dan Commander RCA disambut dengan Persembahan Tarian Ngajat sebelum kedua-dua delegasi menyaksikan Demonstrasi Dinamik 10 Bgd (Para) yang menampilkan kecekapan dan kemahiran ketenteraan seperti Tempur Tanpa Senjata (TTS), Renang Tempur, Tactical Combat and Casualty Care (TCCC), Demonstrasi Menara, Sniper Insertion, Tembakan Artileri Medan serta Serangan Seksyen.

Acara kemudiannya diteruskan dengan Majlis Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd (Para) sebagai simbolik pengukuhan hubungan erat diplomatik dan kerjasama ketenteraan yang kukuh antara Royal Cambodian Army dan Tentera Darat.

Acara diakhiri dengan sesi bergambar dan menandatangani buku lawatan.

Turut hadir, Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Datuk Khairul Anwar Soib.

Gambar: Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri & Raja Khairul Husni Raja Roslan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online