MK TDSemasa

UKSTTD Mantapkan Anggota TD

PAHANG: Sebanyak 12 Seksyen Tempur dari seluruh formasi Tentera Darat (TD) terlibat dalam Pertandingan Ujian Kemahiran Seksyen Tempur Tentera Darat (UKSTTD) yang diadakan buat julung kalinya sempena Hari TD bertempat di kawasan Bentong dan Mentakab bermula dari 23 hingga 29 Feb 2016.

Pertandingan UKSTTD yang berlangsung selama empat hari ini disertai seramai lapan anggota setiap seksyen yang diketuai oleh seorang Ketua Seksyen berpangkat Sjn, seorang Penolong Ketua Seksyen berpangkat Kpl dan enam anggota Repal yang terdiri dari Kpl, Lkpl dan Pbt.

UKSTTD ini adalah cetusan idea Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang berkehendakan untuk memilih Seksyen Tempur terbaik di kalangan Pasukan-pasukan Tempur TD.

Objektif pertandingan adalah untuk menguji pengetahuan anggota yang meliputi kemahiran dan sikap di peringkat seksyen yang bakal membentuk entitti TD terutamanya tugas-tugas asas ketenteraan dan menguji keberkesanaan kepimpinan, pemerintahan, pengawalan seorang ketua di peringkat seksyen apabila berada di medan.

Selain itu ianya dapat memupuk semangat setia kawan, kerjasama, displin, kesefahaman individu atau kumpulan sebagai satu entiti seksyen dan tidak ketinggalan menguji kemahiran serta keupayaan menembak dalam pelbagai situasi.

UKSTTD ini terbahagi kepada tiga peringkat yang meliputi Displin Orienteening, Displin Framework Operation dan Displin Menembak yang mana peringkat pertama peserta dikehendaki membuat tugasan seperti pengendalian dan percakapan radio, baca peta, pengendalian senjata (membuka dan memasang), menyampaikan perintah kawalan tembakan, mengagak jarak dan memproses sebarang maklumat perisikan yang diterima.

Bagi peringkat kedua pula, anggota perlu melakukan tugasan menerima dan mengambil action terhadap maklumat perisikan yang telah diterima, melaksanakan prosedur tempur, kawad-kawad menaiki kenderaan, pergerakan ke kawasan tanggungjawab, membuat rondaan, kawad tempur seksyen, serang hendap, kawad merentasi halangan, mengendalikan kawad-kawad anggota yang cedera, pemeriksaan peralatan serta penarikan keluar seksyen.

Manakala peringkat ketiga pula ialah menembak yang melibatkan acara seperti menembak individu dan serangan seksyen.

Tim 11 Bgd yang diwakili dari pasukan 8 Rejimen  Askar Melayu Diraja (RAMD) di nobatkan sebagai juara UKSTTD 2016 manakala naib juara disandang oleh tim dari 4 Bgd (Mek) dan hadiah disampaikan oleh PTD semasa HTD Ke-83 pada 1 Mac 2016.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat Lt Jen Dato’ Sri ZulKiple Hj Kassim, Pegawai-pegawai Kanan TD dan warga Veteran TD.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online